Assalamualaikum..salam raya ke-6
Setelah lama menghilang tiba-tiba
teringat pula blog yang lama sudah bersarang dan abonded by me…. Adei..tiada
cerita istimewa tapi Cuma mahu berkongsi tempat pelancongan yang mungkin orang
tahu tapi tidak popular.
Panjang
cerita macam mana saya boleh sesat di sini..(actually bukan saya seorang tapi
berempat) well..ceritanya bermula ketika kami tidak jadi balik ke kampung.
Kenapa tidak jadi lagi panjang cerita sebab focus di sini bukan cerita balik
kampung. So direct to the point… detik tidak jadi dan masa menunggu mahu pulang
semula ke kampung bukan halaman (kudat) kami tersesat di suatu kawasan yang
indah. Kami tersesat ke CHINA konon.. iaitu ke Tuaran Lung San Pagoda.
Macamana
boleh sesat? Well seperti yang diketahui Tuaran bukan la pecan yang besar… dan
tiada tempat yang menarik pun di Tuaran.. So, tiba-tiba teringat ada Pagoda
pula di Tuaran. (sebab ini adalah bangunan paling tinggi di Tuaran). Mula-mula
ingat kawasan tu adalah kawasan dilarang masuk sebab ada temple budha di sana.
Tapi my sis cakap boleh masuk dengan bayaran rm 2.00 sahaja..
So,
kami pun menuju ke Pagoda dengan santai berjalan kaki (buat apa naik kereta
kan..bukannya jauh pun). So masuk la di dalam…sebenarnya di dalam tu cantik. di
jaga dengan baik…
Ok
sedikit description tentang Tuaran Lung San Pagoda. Bangunan ini adalah bangunan 9
tingkat yang di hiasi dengan traditional Chinese cultural arts. Hiasannya bukan saja-saja tetapi menunjukkan
cerita lagenda cina. Di hiasi dengan dewa dan dewi mereka. Pagoda tu macam
condong sikit ketepi.. dan bila sampai di puncak pagoda tersebut pemandangan
menakjubkan..boleh tengok sungai bukit-bukit dan pemandangan alam semula jadi..
di bahagian sebelah pula boleh la Nampak kawasan pekan tuaran. (boleh Nampak
ramaijaya-gedung membeli belah yang murah)
So
kalau mau merasa ala-ala pergi china..mari melawat Tuaran Lung San Pagoda
dengan bayaran Rm2. Tapi bagi saya terasa pergi menara Dragon Ball pula..:P (cerita komik zaman kecil2..)
ba jom selidik gambar tidak seberapa cantik dari kamera buruk
menuju ke menara dragon ball..(pagoda tuaran)
pemandangan dari tingkat 7 kali
people please do not do this...vandalisme.
pemandangan disebelah side pagoda
arahan yang perlu diikuti
sedikit cerita pagoda ni..(saya x faham)
gambar perasmian
Yeaaaahhhh....Akhirnya bertemu dengan dragon ball..(wish saya supaya saya jadi kaya dan baik hati dan pemurah dan bla bla bla bla bla bla..)
lagi gambar ada di FB...:P
BYe!!







