Friday, January 25, 2013

I AM NOT A GOOD TEACHER!

REFLECTION OF THE DAY

I am feeling very down today..

Early in this morning really turns me... my eyes wide open with the bad incident happened in the class. I never expect that the students that i really know and care will show the bad symbol and i lose my temper!! i cry..but only my best friend know about it...i'll never show my weaknesses to my students.. they will never know... i was crying not because i lose! not because they win..but i can control myself being toooooooo much pressure to handle my patience.. 

i can't handle 44 of them...i can't attract their attention..i can't arouse their motivation and i can't teach them well!!! it was so disappointing and i am moral down..i lose my motivation..

I tried to be a good teacher.. i do some research! i do some homework just to make sure that they can catch up with my lesson...they will enjoy during my period..yet they seems boring  MAYBE i should realize that I am not a good teacher and people are boring to see me!

I JUST HOPE SOMEDAY I'LL BE A GOOD TEACHER!!!! A TEACHER NOT ONLY EXCELLENT IN DELIVERING THE LESSON..NOT ONLY EXCELLENT IN CLASS MANAGEMENT BUT THE TEACHER THAT INSPIRES OTHER TO BE A BETTER PERSON!

PLEASE GIVE ME STRENGTH, MOTIVATION, WILL AND A LOT OF PATIENCE TO FACE WITH MY STUDENTS! 

Friday, August 24, 2012

MENUJU KE MENARA DRAGON BALL BERTEMU YAZIROBEL


Assalamualaikum..salam raya ke-6
Setelah lama menghilang tiba-tiba teringat pula blog yang lama sudah bersarang dan abonded by me…. Adei..tiada cerita istimewa tapi Cuma mahu berkongsi tempat pelancongan yang mungkin orang tahu tapi tidak popular.
                Panjang cerita macam mana saya boleh sesat di sini..(actually bukan saya seorang tapi berempat) well..ceritanya bermula ketika kami tidak jadi balik ke kampung. Kenapa tidak jadi lagi panjang cerita sebab focus di sini bukan cerita balik kampung. So direct to the point… detik tidak jadi dan masa menunggu mahu pulang semula ke kampung bukan halaman (kudat) kami tersesat di suatu kawasan yang indah. Kami tersesat ke CHINA konon.. iaitu ke Tuaran Lung San Pagoda.
                Macamana boleh sesat? Well seperti yang diketahui Tuaran bukan la pecan yang besar… dan tiada tempat yang menarik pun di Tuaran.. So, tiba-tiba teringat ada Pagoda pula di Tuaran. (sebab ini adalah bangunan paling tinggi di Tuaran). Mula-mula ingat kawasan tu adalah kawasan dilarang masuk sebab ada temple budha di sana. Tapi my sis cakap boleh masuk dengan bayaran rm 2.00 sahaja..
                So, kami pun menuju ke Pagoda dengan santai berjalan kaki (buat apa naik kereta kan..bukannya jauh pun). So masuk la di dalam…sebenarnya di dalam tu cantik. di jaga dengan baik…
                Ok sedikit description tentang Tuaran Lung San Pagoda. Bangunan ini adalah bangunan 9 tingkat yang di hiasi dengan traditional Chinese cultural arts.  Hiasannya bukan saja-saja tetapi menunjukkan cerita lagenda cina. Di hiasi dengan dewa dan dewi mereka. Pagoda tu macam condong sikit ketepi.. dan bila sampai di puncak pagoda tersebut pemandangan menakjubkan..boleh tengok sungai bukit-bukit dan pemandangan alam semula jadi.. di bahagian sebelah pula boleh la Nampak kawasan pekan tuaran. (boleh Nampak ramaijaya-gedung membeli belah yang murah)
                So kalau mau merasa ala-ala pergi china..mari melawat Tuaran Lung San Pagoda dengan bayaran Rm2. Tapi bagi saya terasa pergi menara Dragon Ball pula..:P (cerita komik zaman kecil2..)



 ba jom selidik gambar tidak seberapa cantik dari kamera buruk
 menuju ke menara dragon ball..(pagoda tuaran)

 pemandangan dari tingkat 7 kali

 people please do not do this...vandalisme.
 pemandangan disebelah side pagoda
 arahan yang perlu diikuti
 sedikit cerita pagoda ni..(saya x faham)
 gambar perasmian


Yeaaaahhhh....Akhirnya bertemu dengan dragon ball..(wish saya supaya saya jadi kaya dan baik hati dan pemurah dan bla bla bla bla bla bla..)

lagi gambar ada di FB...:P

BYe!!

Friday, August 5, 2011

RE -ADAKAH AKU SUDAH DEWASA BY shfd_08@yahoo.com


Assalammualaikum..


masih ingat entry saya ADAKAH AKU SUDAH DEWASA?? click sni SEBENARNYA hari ni tengah cek-cek blog..dan terjumpa komen dari entry ini...memang panjang..(ikhlas hamba allah ni bagi penerangan) Walaupun tidak tau siapa tuan punya badan yang memberi penerangan yang panjang lebar...tetap akan megucapkan terima kasih...:)..

sekadar ingin berkongsi...ni komen shfd_08@yahoo.com..



"Ehem.. wow, topik yang menarik untuk dibincangkan. DEWASA? apa yang dimaksudkan dengan perkataan tu..

Bagi sesetengah orang mereka mendifinasikan dewasa itu sebagai seorang yang sudah mencapai tahap umur tertentu dimana orang itu bijak dalam menentukan sikapnya sendiri. Sebagai contoh berfikir sebelum bertindak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan, sentiasa memikirkan baik atau buruknya tindakan yang akan dilakukakannya.

Maksud DEWASA ini tidak membatasi umur, sebabnya kadang-kadang orang yang umurnya lebih tua hanya tahu memberi tunjuk ajar tetapi tidak tahu memberi contoh dan teladan yang baik. Maka dewasa tidak bergantung semata-mata dengan USIA tetapi ianya bergantung kepada SIKAP, PERILAKU, dan PEMIKIRAN.

Jadi apakah sebenarnya yang betul-betul menjadikan seseorang itu boleh dikatakan sebagai sudah dewasa?? Bagi mereka yang sudah lanjut usia? berkerjaya? Penganggur?

Adakah pelajar-pelajar sekolah, universiti itu boleh dikira sebagai dewasa?? yang bijak menentukan sikap, perilaku dan pemikiran?? Tidak kan?? Bagaimana pula orang-orang yang sudah berkerjaya namun jadi 'BUJANG TERLAJAK' ??

Adakah orang yang sudah BERUMAH TANGGA itu boleh dikatakan sebagai kategori paling dewasa?? Mempunyai anak, suami/isteri, mengurus rumah tangga.. tetapi dalam masa yang sama kadangkala tidak dapat menentukan sikap, perilaku dan pemikiran??

Aduii..apakah yang sebenar-benarnya yang dimakusdkan dewasa?? Mungkinkah diri kita sendiri yang mampu menegerti..bagaimana kita mengenali kedewasaan diri sendiri.

Hakikat sebenar KEDEWASAAN adalah bagi mereka yang TAHU TENTANG TANGGUNGJAWAB kepada diri sendiri, kepada ALLAH SWT.. Kepada IBU BAPA, SUAMI/ISTERI, ANAK-ANAK, KELUARGA, SAHABAT HANDAI, KOMUNITI, ALAM SEKITAR sehingga lah tiba kepada KEMATIAN.

Sesungguhnya, apa bila kita sedar tentang tanggungjawab kita sebagai manusia yang dianugerahi akal fikiran dan perasaan kita sudah kenal erti kedewasaan. Mungkin ada yang menyedari umur telah meningkat dan perlu berkahwin serta beranak pinak bagi menuntut erti kedewasaan?? Betul.. tapi berbalik kepada tanggungjawab yang disebutkan di atas bagi melengkapi ERTI SEBENAR KEDEWASAAN..


(* komen ini hanyalah pandangan peribadi semata-mata dan tiada kena-mengena dengan individu yang masih hidup ataupun sudah tiada)"

KUDAT DRIFT..filem baru???




Seperti dalam gambar... Mau racing?? pagi-pagi ini aku terkejut lagi oleh orang-orang kudat yang suka sangat racing pergi sekolah...Yala ala-ala Kudat drift kali...(weeeiikk :P)...

Tadi pagi pergi sekolah seperti biasa...aku akan hantar mama dan adik-adik pergi sekolah...Mama and adik bongsu (c Boboy) Sk pekan kudat 2..kira-kira 5 minit perjalanan dari rumah...lepas tu akan terus hantar adik form 4 (arie) di Smk Kudat kira-kira 5 minit perjalanan dari sekolah mama dan adik. Lepas tu akan meneruskan perjalanan Ke tempat mengajar..kira-kira 5 minit juga perjalanan dari sekolah adik. So total time for me to reach at school is 15 minutes..

Tapi hari ni bukan aku mau bincang pasal perjalanan aku ke sekolah... Berbalik kepada Kudat drift hari ini...Hari ini geng-geng drift aku..(PERASAN!! sebenarnya TIADA ok)... dalam minggu ini terlampau banyak kes-kes pecut dikudat dan aku sendiri menyaksikan...ada kes pecut yang aku kira ok la..sebab memang kereta depan tu bawa kereta slow sangat...(mungkin the driver mau menikmati permandangan kudat :P) dan ada juga yang sengaja menunjukkan ke"terer"an mereka...

Lucu! memang sangat lucu sebab kadang-kadang orang itu aku kenal..mungkin dia pun nampak kereta aku dan mungkin tunjukkan ke "cempion" an mereka..aku seperti biasa akan bawa kereta ikut starndard JPJ la konon... tapi pelik orang itu...dah 3x aku terserempak dengan dia di jalan raya kudat dan kali-kali itu juga dia sengaja bagi aku makan asap...

Aku heran...why so rushing??? kalau dari tempat dia bagi aku makan asap tu hanya 3 minit ja pun tapi dia pecut macam tempat tu 177KM...(aku geleng kepala dalam kereta dan geram juga).... tapi aku tetap cool...sebab takkan layan orang-orang SOT macam tu...

Buat apa aku mau rushing n speed macma dia..kalau untuk kebaikan mungkin YA!!!! tapi menunjukkan kebodohan sendiri lah...tadi pagi aku rasa dalam 3 buah kereta marah dia...( aku tidak..sebab aku cool...dan aku PUASA)...sebab dia pecut dan memotong kereta. dijalan bertentangan ada lagi kereta..nasib baik ada kereta baik hati kasi dia masuk masa memotong kalau tidak mungkin da '______________________' (isikan tempat kosong sendiri.:))

Bagi aku la orang-orang yang racing-racing di jalan raya ni

Pertama mungkin kebaru-baruan…yala maybe 1st time dapat lessen…

Kedua EGO...(aku dapat lesen ok ja..tiada la racing-racing)

Ketiga nak tunjuk TEROR..(kalau hensem xpa juga..hahaha)

Please la people in kudat please think of “road safety’…bukan jalan raya di kudat ni ko sorang punya..semua orang-orang kudat ok…jangan racing-racing..sila bersopan santun terutamanya dikawasan sekolah…kesian budak-budak sekolah dan ibubapa yang berjalan kaki ke sekolah tu..

Mesej disini jelas ya..JANGAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN DENGAN MEMBAWA KERETA LAJU MACAM MAU PERGI KK…:P...take note!!!!

Monday, August 1, 2011

Ramadhan is BACK!!!!!! WELCOME RAMADHAN...

-ni bukan saya..sapa mau lukis muka saya jd cartoon cm ni..please raise ur hand..(ceh ayat dalam kelas tu)

SALAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM...ASSALAMMUALAIKUM..

sangat2 heppi sebab hari ni BERJAYA mengharungi puasa...hehehe..

KENAPA?? sebab...

1. bulan ni yang dinanti2 kan...
2. saya dapat beribadah dgn baik..(insyaAllah)
3. tiba2 hobi bertukar menjadi lebih baik dan berfaedah..suka sgt tgk ustaz azhar idrus...click sni....(dia sgt ensem tau..hehehe (ketawa sopan))
p/s ---->o ya post sy tntng ramadhan..kalau rajin click sini :)
4. rasa tenang di bulan ramadhan
5. wpun saya tidak tahan td ttp dapat mengharungi puasa...(sangat haus..sb mgajar budak2 dan supaya mereka faham..:))..


P/S sorry saya pun kurang faham apa saya cakap..:)

apa apa pun selamat berpuasa semua..harap sentiasa sabar...walaupun sekarang dunia semakin panas..hehe..:)...

Monday, June 20, 2011

ADAKAH AKU SUDAH DEWASA?



Assalammualaikum (emosi stabil selepas meminum kopi... :))

Tiba-tiba rasa diri ini sudah terlalu tua..Yaka? umur saya baru 24..tahun ni masuk 25..tiba-tiba masa duduk seorang-seorang terfikir benda ni.."saya ni sudah dewasa ka?"…dan saya menjawab sendiri..memangla!! umur pun sudah 25 tahun…mestila dewasa…jangan perasan masih bawah umur ya…(kalau orang Nampak saya cakap seorang diri mesti ingat saya gila).

Tapi terfikir lagi..apa maksud dewasa??????? Setakat umur?? Setakat wajah seperti dewasa?? Macamana dengan orang yang sepatutnya umur boleh dikatakan dewasa tapi pemikiran belum dewasa. Sekali lagi saya cakap sendiri..mungkin terencat..(haha....opss xda niat singgung sapa-sapa)

Bagaimanakah kita merasa kita sudah dewasa??? Adakah selepas sudah mencapai akhil baligh? Atau selepas kita rasa kita sudah sedia untuk berkahwin… persoalan ini sedang bermain di fikiran…

Masih terus mencari jawapan..ada sesiapa yang boleh terang kan????sila2…

(psssttt…BIG THANKS for ur time)



Saturday, June 18, 2011

entah apa aku membebel..mgkn stress..:P




SALAM!!! (jawab kuat-kuat ya..supaya saya boleh dengar :P )

Terlalu sibuk dan tidak kurang sihat menyebabkan saya malas untuk meg'UPDATE' blog. Kerja-kerja berlambak selepas cuti. Memang di akui masa cuti digunakan sepenuhnya untuk aktiviti peribadi…J

Entry kali ini melibatkan hati dan perasaan..saya bukan expert dalam bab-bab ini..bukan untuk menasihati anda dan bukan untuk meluahkan hati saya. Cuma ingin kongsi sahaja..

Warning..sebelum melanjutkan pembacaan adalah diingatkan kepada sesiapa yang tidak suka membaca entry ini dengan segala hormatnya saya persilakan beredar..kalau suka baca dengan besar hati saya alu-alukan membaca…

Manusia..siapa yang tiada perasaan..walau sekecil zarah tetap perasaan. Dijadikan dengan perasaan. Sama ada suka mempamerkan, suka memendamkan atau endah tidak endah dengan perasaan sendiri. Bagi saya, kadang-kadang perasaan perlu dipamerkan..kadang-kadang perlu disembunyikan dan dipendamkan…

Perasaan untuk dipamerkan…supaya orang tidak salah sangka atau supaya orang akan tahu perasaan kita..contohnya, perasaan kasih sayang untuk ibubapa, adik beradik, ahli keluarga, kawan-kawan atau kekasih. Supaya mereka mengerti dan memahami anda..supaya mereka tidak salah sangka terhadap anda…perasaan bukan ditunjukkan dengan kata-kata sahaja..dengan hadiah sahaja..dengan janji-janji sahaja..dengan status di facebook sahaja..tapi dengan perbuatan dan dengan keikhlasan..:)

Perasaan untuk tidak dipamerkan. Perasaan ini terlalu universal..terpulang kepada individu untuk meluahkan atau untuk memendam kan..Cuma kadang-kadang tidak perlu terlalu menunjukkan perasaan yang remeh temeh..cukup sekadar untuk diri sendiri dan orang-orang terdekat… bukan tidak mahu mempamerkan perasaan Cuma tidak mahu orang-orang tersayang rasa tersinggung atau rasa risau melihat kita. Kadang-kadang saya menyampah dengan orang yang mewar-warkan perasaan di laman-laman social..bukan tidak boleh ya..Cuma kadang-kadang TERLEBIH rasa. Bukan tidak boleh…sekali lagi saya tegaskan terpulang kepada individu sendiri….

Kadang-kadang rasa marah, sedih dan rasa menyampah perlu di sembunyikan..bukan HIPOKRIT YA…kebijaksaan melayan dan merawat perasaan terpulang kepada individu…kerana kadang-kadang cara anda akan menunjukkan kebijaksanaan, kematangan, kewarasan dan keimanan anda….sekali lagi bukan tidak boleh..Cuma terpulang dengan individu..

RAWAT HATI ANDA…saya bukan memberikan pengajaran untuk menunjukkan saya BIJAK atau PANDAI…Cuma ingin berkongsi…

1. berdoa- doa ini adalah penting untuk menenangkan jiwa…berdoa kepada Allah dan kita akan tenang…(membaca atau mendengar bacaan al-quran)

2. menangis- menangis akan membuat kita lega..menangisla sepuas hati selepas itu kita akan lega.

3. melakukan hobi kesukaan anda -melukis atau mendengar lagu atau memasak akan membuatkan diri menjadi tenang (menyanyi atau dengar lagu pun boleh)..

4. menulis-menulis diary atau menulis nota kecil untuk menenangkan hati…

Sekali lagi di ingatkan..bukan ingin menunjuk pandai Cuma ingin berkongsi sahaja..

BIG THANKs for your time…CHILLLL!!!!!


p/s entry paling panjang?ntah apa saya membebel..:P