Friday, August 24, 2012

MENUJU KE MENARA DRAGON BALL BERTEMU YAZIROBEL


Assalamualaikum..salam raya ke-6
Setelah lama menghilang tiba-tiba teringat pula blog yang lama sudah bersarang dan abonded by me…. Adei..tiada cerita istimewa tapi Cuma mahu berkongsi tempat pelancongan yang mungkin orang tahu tapi tidak popular.
                Panjang cerita macam mana saya boleh sesat di sini..(actually bukan saya seorang tapi berempat) well..ceritanya bermula ketika kami tidak jadi balik ke kampung. Kenapa tidak jadi lagi panjang cerita sebab focus di sini bukan cerita balik kampung. So direct to the point… detik tidak jadi dan masa menunggu mahu pulang semula ke kampung bukan halaman (kudat) kami tersesat di suatu kawasan yang indah. Kami tersesat ke CHINA konon.. iaitu ke Tuaran Lung San Pagoda.
                Macamana boleh sesat? Well seperti yang diketahui Tuaran bukan la pecan yang besar… dan tiada tempat yang menarik pun di Tuaran.. So, tiba-tiba teringat ada Pagoda pula di Tuaran. (sebab ini adalah bangunan paling tinggi di Tuaran). Mula-mula ingat kawasan tu adalah kawasan dilarang masuk sebab ada temple budha di sana. Tapi my sis cakap boleh masuk dengan bayaran rm 2.00 sahaja..
                So, kami pun menuju ke Pagoda dengan santai berjalan kaki (buat apa naik kereta kan..bukannya jauh pun). So masuk la di dalam…sebenarnya di dalam tu cantik. di jaga dengan baik…
                Ok sedikit description tentang Tuaran Lung San Pagoda. Bangunan ini adalah bangunan 9 tingkat yang di hiasi dengan traditional Chinese cultural arts.  Hiasannya bukan saja-saja tetapi menunjukkan cerita lagenda cina. Di hiasi dengan dewa dan dewi mereka. Pagoda tu macam condong sikit ketepi.. dan bila sampai di puncak pagoda tersebut pemandangan menakjubkan..boleh tengok sungai bukit-bukit dan pemandangan alam semula jadi.. di bahagian sebelah pula boleh la Nampak kawasan pekan tuaran. (boleh Nampak ramaijaya-gedung membeli belah yang murah)
                So kalau mau merasa ala-ala pergi china..mari melawat Tuaran Lung San Pagoda dengan bayaran Rm2. Tapi bagi saya terasa pergi menara Dragon Ball pula..:P (cerita komik zaman kecil2..)



 ba jom selidik gambar tidak seberapa cantik dari kamera buruk
 menuju ke menara dragon ball..(pagoda tuaran)

 pemandangan dari tingkat 7 kali

 people please do not do this...vandalisme.
 pemandangan disebelah side pagoda
 arahan yang perlu diikuti
 sedikit cerita pagoda ni..(saya x faham)
 gambar perasmian


Yeaaaahhhh....Akhirnya bertemu dengan dragon ball..(wish saya supaya saya jadi kaya dan baik hati dan pemurah dan bla bla bla bla bla bla..)

lagi gambar ada di FB...:P

BYe!!