SALAM!!! (jawab kuat-kuat ya..supaya saya boleh dengar :P )
Terlalu sibuk dan tidak kurang sihat menyebabkan saya malas untuk meg'UPDATE' blog. Kerja-kerja berlambak selepas cuti. Memang di akui masa cuti digunakan sepenuhnya untuk aktiviti peribadi…J
Entry kali ini melibatkan hati dan perasaan..saya bukan expert dalam bab-bab ini..bukan untuk menasihati anda dan bukan untuk meluahkan hati saya. Cuma ingin kongsi sahaja..
Warning..sebelum melanjutkan pembacaan adalah diingatkan kepada sesiapa yang tidak suka membaca entry ini dengan segala hormatnya saya persilakan beredar..kalau suka baca dengan besar hati saya alu-alukan membaca…
Manusia..siapa yang tiada perasaan..walau sekecil zarah tetap perasaan. Dijadikan dengan perasaan. Sama ada suka mempamerkan, suka memendamkan atau endah tidak endah dengan perasaan sendiri. Bagi saya, kadang-kadang perasaan perlu dipamerkan..kadang-kadang perlu disembunyikan dan dipendamkan…
Perasaan untuk dipamerkan…supaya orang tidak salah sangka atau supaya orang akan tahu perasaan kita..contohnya, perasaan kasih sayang untuk ibubapa, adik beradik, ahli keluarga, kawan-kawan atau kekasih. Supaya mereka mengerti dan memahami anda..supaya mereka tidak salah sangka terhadap anda…perasaan bukan ditunjukkan dengan kata-kata sahaja..dengan hadiah sahaja..dengan janji-janji sahaja..dengan status di facebook sahaja..tapi dengan perbuatan dan dengan keikhlasan..:)
Perasaan untuk tidak dipamerkan. Perasaan ini terlalu universal..terpulang kepada individu untuk meluahkan atau untuk memendam kan..Cuma kadang-kadang tidak perlu terlalu menunjukkan perasaan yang remeh temeh..cukup sekadar untuk diri sendiri dan orang-orang terdekat… bukan tidak mahu mempamerkan perasaan Cuma tidak mahu orang-orang tersayang rasa tersinggung atau rasa risau melihat kita. Kadang-kadang saya menyampah dengan orang yang mewar-warkan perasaan di laman-laman social..bukan tidak boleh ya..Cuma kadang-kadang TERLEBIH rasa. Bukan tidak boleh…sekali lagi saya tegaskan terpulang kepada individu sendiri….
Kadang-kadang rasa marah, sedih dan rasa menyampah perlu di sembunyikan..bukan HIPOKRIT YA…kebijaksaan melayan dan merawat perasaan terpulang kepada individu…kerana kadang-kadang cara anda akan menunjukkan kebijaksanaan, kematangan, kewarasan dan keimanan anda….sekali lagi bukan tidak boleh..Cuma terpulang dengan individu..
RAWAT HATI ANDA…saya bukan memberikan pengajaran untuk menunjukkan saya BIJAK atau PANDAI…Cuma ingin berkongsi…
1. berdoa- doa ini adalah penting untuk menenangkan jiwa…berdoa kepada Allah dan kita akan tenang…(membaca atau mendengar bacaan al-quran)
2. menangis- menangis akan membuat kita lega..menangisla sepuas hati selepas itu kita akan lega.
3. melakukan hobi kesukaan anda -melukis atau mendengar lagu atau memasak akan membuatkan diri menjadi tenang (menyanyi atau dengar lagu pun boleh)..
4. menulis-menulis diary atau menulis nota kecil untuk menenangkan hati…
Sekali lagi di ingatkan..bukan ingin menunjuk pandai Cuma ingin berkongsi sahaja..
BIG THANKs for your time…CHILLLL!!!!!
p/s entry paling panjang?ntah apa saya membebel..:P

No comments:
Post a Comment